Pages

Thursday 11 December 2014

PANDUAN UNTUK DIRI SENDIRI

AMALAN UMUM UNTUK SELESAI MASALAH DAN PELBAGAI HAJAT

( Amalan orang-orang alim dan warak )

****************************

1) Solat di awal waktu (wanita) dan berjemaah di masjid atau surau (lelaki )

2) Zikir 300 pagi dan 300 petang ( sebelum Subuh dan Sebelum Asar )

3) Apakah yang dimaksudkan dengan zikir 300 pagi dan 300 petang itu...?

4) 300 pagi = 100 kali ( Beristighfar ), 100 kali ( Berselawat ) , 100 kali ( Bertasbih- Subhanaallah walhamdulillah walailahaillallahuallahuakhbar )

5) 300 petang pun sama. Jika tidak sempat sebelum Subuh dan Sebelum Asar. Buat lepas Subuh dan lepas Asar.

6) Setelah selesai, berdoa apa yang dihajatkan. Mohon doakan juga hajat-hajat saudara kita yang lain ya.



Sememangnya untuk berbuat kebaikan itu banyak halangannya kan.. istiqamah itu agak sukar. semoga semangat kental.

ISTIQAMAH

Assalamualaikum

Sesungguhnya istiqamah itu sangat sukar bagiku.. Ya Allah... kawan-kawan pembaca budiman, doakan saya istiqamah dalam apa jua yang saya lakukan.

Copy n paste

"Sesungguhnya orang yang berjaya itu hidup 1 jam lebih dari orang lain.
Iaitu dengan bangun mengerjakan solat Tahajud di akhir malam, dan memulakan kerja ketika orang lain masih mati sementara sambil berselimut dan kemudiannya berehat seketika pada waktu Dhuha."

PAKDI

Wednesday 3 December 2014

AMALAN MURAH REZEKI

1. Pastikan anda solat 5 waktu

2. Amalkan solat sunat dhuha

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:

1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.

2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”
Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.

Khasiat dan Fadilat
Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud) 

PANDUAN
(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)
(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)
(3) Doa Selepas Solat Dhuha

Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-MuDan keagungan itu adalah keagungan-MuDan keindahan itu adalah keindahan-MuDan kekuatan itu adalah kekuatan-MuDan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu
Ya Allah, Jika memang rizkiku masih di atas langit, Maka turunkanlah ia,Jika masih di dalam bumi, Maka keluarkanlah ia,Jika masih sukar, Maka mudahkanlah ia,Jika (ternyata) haram, Maka sucikanlah ia,Jika masih jauh, maka dekatkanlah ia
Berkat waktu dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,Kekuatan dan kekuasaan-Mu,Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. 

Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)
Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

3. Amalkan membaca surah al-Waqiah setiap malam

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Kat Bawah saya sertakan bacaan Surah Al-Waqi'ah yang sangat merdu...Subahanallah...
dan juga surah Al-Waqi'ah




Sumber

4. Sentiasa beristighfar, berzikir dan berselawat.

a) YA HAYYU YA QAYYUM
Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:
a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
f) Di sukai orang
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.
Sumber: Zikir Asmaul Husna,
Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

5. Kasihani dan hormati ibu bapa


Tuesday 25 November 2014

Makanan Kesihatan untuk Kanak-kanak --> gula-gula bijak dan sihat

Assalamualaikum..

Semalam saya buatkan order Crunchy Almond kak mazlina, kawan abi.. dia dah order lama dari minggu lepas lagi. tapi memandangkan saya tak sihat lagi, still batuk2 lagi tak sampai hati rasanya nak buatkan sebab dah terbatuk2 , dikhuatiri menghasilkan makanan yang tidak sihat plak.

So semalam baru lah yakin untuk membuatnya dan hari ni minta tolong encik suami hantarkan. Semoga beliau dapat menikmati khasiat Crunchy almond tersebut dan mendapat manfaat dari khasiat makanan tersebut.Aamiin.

Jadi memandangkan ada lebihan bahan2 Crunchy almond tu, ditambah pula buah tin dan kismis ada . Maka terhasil lah ini




Tak tau nak bagi nama, tapi bila kakak iman tanya , ummi jawab je ni gula-gula sihat n bijak. Panggil gula2 la yek sbb dah berbungkus mcm gula2. Gula2 ni juga boleh digunakan sebagai alternatif menggantikan gula2 manis yang ada kat kedai nun. Tapi kalau nak buat packaging bg cantik la yerk.. ni main bungkus je. 

Boleh juga sebagai makanan minda untuk kanak2 yang sedang membesar.
Biarlah rupa tak cantik asalkan dalam banyak khasiat..keh3... 
Bagi ibu2 yang nak buat tu saya sediakan resepi ikut sukatan saya sendrik..tak de sukatan tertentu. bubuh je.

Yang penting, berikan anak2 anda makanan berkhasiat dan lagi bagus tambahan makanan sunnah. ada keberkatannya di situ. InsyaAllah

Bahan-bahan (sukatan tiada, ikut suka)

kepingan almond
kuaci hijau
kuaci putih
buah tin diracik
kismis di racik
madu asli 

Cara
Masak almond, kuaci hijau n putih tanpa minyak dengan api sederhana. Jangan hangus pula.
Bila dah agak2 dah masak sket angkat .
Blendkan semua bahan kekacang dengan bahan yang diracik. Guna blend kering jangan halus sangat jangan kasar sangat.
Tuang dalam mangkuk dan buh la madu asli ikut sukatan sendiri. jangan bnyak sangat nanti cair plak.

Dan sedia untuk dinikmati oleh anak2 anda.
Saya buat ni tak plan so terhasil la bungkusan seperti dalam gambar. Ada plastik so bubuh dalam tu. kadang2 budak2 lebih suka yang berbentuk gula2 dari yang makan direct dari mangkuk.
Walaupun rupa "gula2" itu agak tidak comel tapi banyak khasiatnya.

Meh cek satu2 khasiat2nya secara ringkas (gigih menggoogle satu2 dan copy paste)

Badam

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?: Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Kuaci Putih ( biji bunga matahari)

Biji bunga matahari (kuaci) merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari
Kuaci Hijau (kuaci biji labu)

Biji labu kaya dengan mineral serta tinggi antioksidan yang penting untuk melawan penyakit.

Buah tin kering 

Ia membantu mengurangkan “kolestrol jahat “. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium


Kismis 

Buah anggur yang telah dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu system penghadaman  dan juga mengurangkan kolestrol dalam badan.


Madu Asli

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI
A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.




Monday 24 November 2014

Batuk Selsema

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya dalam kondisi tak berapa sihat.
Batuk berkahak dan selsema.
Kalau datang batuk tu Ya Allah, memang macam semput jadinya.
Madu dah tinggal sikit sebab asyik minum madu je.
So tadi saya try petua kalau batuk. Caranya madu satu sudu dan juga limau nipis. tapi saya xde limau nipis, saya gunakan limau kasturi. alhamdulillah berkurang sikit. Batuk saya ni kalau dalam sehari kadang2 je batuknya, tapi sekali batuk Ya Allah, rasa bergegar rumah ni.
Ya Allah, Sembuhkanlah hambaMu ini...

Sunday 2 November 2014

Habbatussauda' + Madu asli khaula

Assalamualaikum

Madu + habbatussauda


Sekarang saya tengah batuk, selsema dan rasa nak demam plak. bekas temat gigi yang kena cabut tu kembali berdenyut2. itu menyumbang lagi keadaan nak demam ni.

Anak saya Hiroshi sedang batuk2 dan selsema. batuk berpanjangan. selalunya kalau keadaan dia macam ni mesti dia akan diserang semput. Pagi tadi jam 4 pagi dia batuk kuat dan nafasnya laju dan rasa badan dia panas. Alhamdulillah kebetulan pula abinya baru pulang dari outstation di Korea. Allah Maha Besar. saya tak tau kalau keadaan hiro macam tu time abinya outstation.. x dapat saya bayangkan keadaan kami. Tambah pula saya fobia kalau hiro macam tu, sebab dia pernah admit hospital seminggu sbb semput ni.. mohon dijauhkan. 

Jadi pkl 4 pagi abinya hantar hiro ke klinik kecemasan di tanjung malim. Alhamdulillah x lama sebab katanya tak neb pun sebab oksigen ok. Doktor cuma bekalkan ubat demam dengan ubat batuk saja. Dan masalahnya lagi dia ni taknak makan ubat.. dipaksa makan diluah balik.. berhempas pulas bagi..last2 lencun baju dek ubat diluahkannya.

Jadi tadi saya ke pekan tanjung malim utk ke farmasi cari minyak habbatussauda. Alhamdulillah ada. Farmasi sendrik yang buat minyak tu. Harga RM40 dalam bentuk cecair yang di spray. DAn ternmpak plak kat depan farmasi ada kedai menjual produk muslim baru bukak.. saya ke sana nak tengok2 barang la kan. masuk2 saya cari habbatussauda dulu. Ada n guess What!!! harganya RM15 produk Turkey.. adeh rugi plak rasa beli kat farmasi tu. tapi takperlah nak buat cemana kan. so berbual dengan pemilik kedai tu. dia kata habbatussauda ni ada cikgu datang kedai dia beli habbatussauda bentuk biji tu. katanya goreng sangai dan blend campur dengan madu. insyaAllah berkesan kalau ada apa2 penyakit. 

Balik terus saya cari biji habbatussauda yang kami beli masa baut umrah tahun lepas. nasib baik banyak lagi. terus saya sangai dan blend dan campur dengan madu asli khaula. 
Sedappp rangup dan ada rasa hangus2 sket.. kakak iman makan sampai terpaksa diingatkn suruh stop. sedap katanya. habbatussauda ni bersifat panas.. dan saya tgh kepanasan sekarang ni..hihihi

Banyak khasiat habbatussauda + madu ni.

MANFAAT UTAMA HABBATUS SAUDA':- 

1.Memperkuat sistem kekebalan tubuh dari serangan Virus, Kuman dan Bakteri 
Hasil Penelitian Dr. Ahmad Al Qadhy, 1986 dan laporan penelitian lainnya seperti tertera dalam Jurnal Farmasi Pakistan, 1992[rujukan?] 

2. Mempertahankan tubuh dari serangan kanser dan HIV 
Hasil penelitian Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universitas Munich dan laporan terpisah dari penelitian tim Dr. Basil Ali, Universitas King Faisal, Arab Saudi, serta laporan penelitian Immono Biology Laboratory, California, AS. Laporan lain menyebutkan bahwa Habbatussauda dapat menghentikan pertumbuhan sel tumor.[rujukan?] 

3. Meningkatkan fungsi otak 
Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), Habbatussauda merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat, kecerdasan, dan relativitas sel otak agar tidak cepat pikun.[rujukan?] Habbatussauda juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat cocok diberikan pada anak usia pertumbuhan dan lansia.[rujukan?] 

4. Menyembuhkan berbagai jenis penyakit pernafasan 
Menyembuhkan penyakit asma bronchial, bronchitis, gampang lelah, batuk kronis dan penyakit pernafasan lainnya[rujukan?] 

5. Mengatasi gangguan tidur dan stress 
Unsur Sapion terdapat pada Habbaussauda mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat memengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta memengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, menghilangkan stress, dan melancarkan air susu ibu (penelitian Potchestroom, 1989)[rujukan?] 

6. Sebagai Anti Histamin & Anti Alergi 
Berdasarkan penelitian Nirmal Chakravaty MD 1993, dan penelitian lain oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich[rujukan?] 

SUMBER :- http://id.wikipedia.org/wiki/Jintan_hitam 


Madu adalah cairan yang lengket dan manis yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lainnya dari nektar bunga. Madu lebih manis dari gula meja dan memiliki ciri-ciri kimia yang menarik untuk pemanggangan. Madu memiliki rasa yang berbeda yang membuat orang lebih menyukainya daripada gula dan pemanis lainnya. 

KHASIAT MADU:
  1. Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
  2. Menghentikan batuk dengan cepat
  3. Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
  4. Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
  5. Menghentikan kesakitan sendi
  6. Baik untuk sistem pernafasan
  7. Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
  8. Membunuh kuman dan virus didalam darah
  9. Membaikpulih dalaman wanita
  10. Memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
  11. Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
  12. Meningkatkan prestasi mental
  13. Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.


  14. Keistimewaan:
    Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.”

COPY N PASTE

Friday 31 October 2014

ESP SHAKLEE khasiat dan kebaikan

Assalamualaikum.

Semasa pregnant anak ke 3.. saya tidak mengambil ESP. Tetapi sebaik saja melahirkan saya terus membeli dan mengamalkan ESP. Tujuan utama untuk sebagai milk booster. Walaupun hanya mengamalkan ESP saja di samping Ostematrix, Alhamdulillah anak saya cukup menikmati susu saya. hihihihi. Susu melimpah dan anak saya puas menyusu.. tengok badan lerr.. tembam bam bam.

Ni ler budak bam bam tu

Dan semasa bulan ramadhan juga saya tidak mempunyai masalah kekurangan susu walaupun agak kurang makan semasa bersahur. Dan anak saya masih mendapat susu yang berkhasiat.Alhamdulillah.

Saya kongsikan sedikit khasiat ESP ni. Sebenarnya banyak khasiatnya , tapi saya letak sikit2 lah dulu yer .. lagipun bukan ramai yang suka baca tulisan panjang2 ni.





Sambil buat kerja sambil menikmati keenakan milo + ESP .. milo tu tanpa susu pekat manis yer..shaker tu saya beli kat AEON Rawang .. 2 botol RM 5 saje